Friday, February 14, 2020

Cara2 Mengurus Harta Pusaka Islam Tiada Wasiat


Salam all.

Ok, untuk post ni saya buat dalam bahasa malaysia sebab ni untuk muslim malaysia. Pada tahun 2014, mak saya meninggal dunia dan saya sebagai anak dia kenalah menguruskan harta yang telah ditinggalkan olehnya, iaitu harta pusaka. 

Waktu mak saya meninggal tu, saya tiada idea macam mana nak uruskan harta dia sebab tiada ilmu dan beliau tidak meninggalkan sebarang wasiat. So post ni untuk menguruskan harta pusaka yang tiada wasiat. 

Ok, untuk menguruskan harta sebegini, sebenarnya ada 3 cara: 

1. Melalui pejabat kerajaan iaitu pejabat tanah 
2. Melalui amanah raya
3. Melalui mahkamah rendah / tinggi 

Setiap cara ni ada pro and cons dia. Saya akan cerita satu2. 

Pejabat Tanah

Cara ni saya rasa paling berbaloi dan murah. Tapi saya rasa si mati kena ada harta tanah dia sesuatu kawasan. Pergi ke pejabat tanah berdekatan dengan tanah yang dipunyai si mati. Ambil borang dan isi dan hantar kembali ke pejabat berkenaan. Proses ini akan jadi berkali2 disebabkan dokumen2 yang perlu dihantar. Saya ambil cara ni untuk menguruskan harta2 mak saya dan alhamdulillah urusan berjalan lancar sebab kurang bertelagah antara waris2. Kalau ada pertelegahan, urusan mungkin akan ambil masa lebih setahun. Kos saya dengan pejabat tanah ni lebih kurang rm450. Di akhir proses, pejabat tanah akan panggil semua waris masuk dalam satu bilik sidang untuk penamaan pemegang amanah dan bahagian2 harta yang boleh diberi kepada ahli waris. 

Amanah Raya

Cara ni banyak digunapakai oleh ramai orang. Saya kurang gemar dengan cara ini kerana kos yang diambil adalah melalui persent pada keseluruhan jumlah harta. Contohnya: 

5% x 500,000 (jumlah harta) = 25,000

Pengiraan ini hanya contoh sahaja. Persent itu ditentukan oleh pihak amanah raya itu sendiri dan proses ini boleh dikenakan berkali kali. Cara ni ramai orang ambil sebab pergaduhan antara waris atau waris tiada masa untuk uruskan. Pihak amanah raya yang akan uruskan semua proses. Waris2 hanya provide dokumen2 tertentu kepada pihak mereka. 

Mahkamah Tinggi / Rendah 

Cara ni lebih kurang macam pejabat tanah. Tinggi atau rendah tu bergantung pada jumlah harta. Saya tak berapa ingat takat harta untuk tinggi dan rendah ni. Kos lebih kurang 3000 lebih bergantung pada jumlah harta juga. 

No comments: