alhamdulillah.. mis ade kesempatan lagi nak update blog. :) blog post kali ni berkaitan dengan pertanyaan seorang pembaca saye terhadap MBA UiTM. tq kerana sudi membaca.
soklan yang dikemukan beliau x perlu rasenye saya tulis. sekadar mahu menjawab secara general je eh.
APPLICATION >>
ok, untuk MBA UiTM, cara kemasukan dia bermula dengan ONLINE APPLICATION. sebelum nak wat application ni, kamu haruslah beli pin di BSN (macam nak apply UPU, MATRIKULASI) sebelum mengisi borang di http://www.ipsis.uitm.edu.my/.
MODE >>
kalau borang ni pulak, MBA terbahagi kepada dua iaitu research dan coursework mode. research mode adalah mod penyelidikan yang dapat dihabiskan dalam masa 1.5 tahun (minimum) dan selalunye minimum jangka masa yang selalu pelajar dapat lakukan adalah 2 tahun. untuk research mode ni dinamakan MASTER OF SCIENCE IN BUSINESS MANAGEMENT. mod research membolehkan anda untuk bekerja kerana seminar selalunye pada hari minggu dan tiada kelas, cuma anda perlu berjumpa dengan advisor (pensyarah bertugas meneliti hasil kerja penyelidikan anda).
bagi coursework (kerja kursus) selalunya pelajar dapat buat dalam masa 1.5 tahun (3 sem) - full time. bagi pelajar yang bukan aliran business, mereka perlu membuat MBA coursework dalam mase 2 tahun (4 sem - iaitu 1 sem mewakili foundation sem). coursework boleh dibuat sama ada full time atau part time. full time agak sibuk. kelas penuh. esemen banyak dan agak menensenkan. kalau part time ade dua; evening track dan weekend. part time selalunya dihabiskan dalam masa 2 tahun. yang ni saye kurang arif sebab ade syarat2 yang ditetapkan. kamu perlu menelefon untuk bertanye. jangan anggap benda ni remeh sebab ada rakan2 yang sudah ke sem 2, mahu tukar part time mode kerana kekangan masa dan sebagainya. nak tukar mode part time bukannya mudah. telefonla ke ipsis untuk tahu lebih lanjut supaya kamu buat keputusan yang lebih bijak nanti.
Interview >>
nak masuk MBA memang ade interview baik research atau coursework mode. kemasukan pelajar sebenarnye ditentukan oleh interview tersebut dan juga jumlah kemasukan yang dibenarkan untuk sem tersebut. semasa batch saya, memang agak ramai kemasukan, dan selepas kami, kemasukan junior adalah limited / sedikit. semakin sedikit kemasukan, semakin susahla nak dapat MBA. untuk interview, kamu hendaklah sedikit alert dengan masa interview tersebut, kerana UiTM hanya memberi 1 mesej sahaja yang memerlukan anda datang untuk ditemuduga tanpa memberitahu bila masanya. selalunya interview bermula seawal pukul 8 pagi. selepas ditemuduga, kamu akan dapat keputusan dalam masa seminggu secara online.
PINJAMAN / BIASISWA untuk coursework >>
bagi masalah kewangan, kamu boleh apply PTPTN. MARA untuk MBA memang tiada untuk universiti awam, mereka hanya beri kepada universiti swasta. JPA boleh diminta jika anda pemegang biasiswa mereka dahulu. biasiswa kerajaan juga boleh diminta iaitu MYBRAIN 15. tapi biasiswa ini agak susah nak dapat kerana selalunya diberi keutamaan kepada research mode. jika berminat untuk jadi pensyarah, boleh minta biasiswa TPM (TENAGA PENAGAJAR MUDA) semasa belajar nanti.
SKIM / KERJA semasa belajar >>
untuk full time coursework, agak susah nak bekerja sambil belajar kerana sangat sibuk. tapi ada pelajar yang mengambil SKIM KHIDMAT PELAJAR dan RESEARCH ASSISTANT. saya sarankan kamu cuba untuk memilih selain dari MBA full time, mungkin boleh ambil part time.
YURAN >>
anggaran yuran satu sem MBA adalah RM2000 ++. ini adalah full time. untuk part time mod, kurang sedikit sebab subjek yang diambil pon kurang setiap sem.
p/s: GOOD LUCK! :)
29 comments:
thnx for da info...actually i ader interview for MBA on 20th June...this coming Monday...
terima kasih..kalau interview tu biasanya dia tanye soalan berkaitan apa yer?
@MyLaDYnuR88 good luck! :)
@'AQILAH interview tu dia agak psikologi sket. ade sesetengah interviewer suke tanye berkaitan ngan isu semasa (contohnya perkembangan ekonomi semasa eg; NKRA ). ade sesetengah suke tanye secara random je mostly on kenape kamu mahu sambung belajar. :)
salam..
maaf nak mencelah...
untuk MBA ni, macam degree jgk ke atau mcm mana ye?
contoh mcm degree, course BM tp ada major dia mcm marketing or HR or Eko...
kalau MBA ada major atau takde???
@aulia ok , untuk MBA mmg ade major. mcm saye, sy amik major marketing. tapi major ini akan diambil semasa anda sudah berada di sem kedua. thanks bertanye!
awak..apa beza MBA vs EMBA yer?dua2 ni uitm ada buat..by the way,awak amik MBA kt mana?uitm Shah Alam yer?
@nina dear mis nina, MBA tu stands for Master of business admin, program full time yang saya ambil. kelas dia dari hari isnin hingga jumaat. starts 8.30 pagi hingga 12.00 tgh mlm.
untuk emba pulak, stands for executive master of business admin, part time program, kelas sabtu dan ahad sahaja. masa saya kurang pasti.
yuran emba lebih mahal dari mba. lebih kurang rm11,000 lebih mahal (wallahualam).
saya belajar di uitm shah alam, ambil mba full time, major in marketing. :)
Salam. Nak tnye nihh..kmpus2 mna je y menawarkan MBA nihh? Sthu sy shh alam n kat srwk je kan? Crrct me if im wrong ya..
Salam.. Setahu saya ada jugak kampus2 lain macam perak dan johor yang menawarkan MBA ni. Tapi part timr mode x silap. Saya akan try cari info lagi k. ;) tq bertanya.
salam.betul ke keputusan interview MBA akan dikeluarkan seminggu selepas interview tu?
@shahirah salam shahirah. sorry for late reply.. :) kalau ikut pengalaman saya, mmg keluar seminggu selepas interview. tapi saya ada juga singgah blog lain, ada yang cakap 2-3 minggu selepas interview. apa-apa pun rajin2lah cek kat ipsis nyer website k. :)
Salam,
Nak Tanya, kalau part time biasanya class akan dibuat pd weekdays kan? nk tau biasanya class start pukul brp, nk bajet timing sbb bekerja... TQ
@Eida saya kurang pasti bab part time ni. apa yang saya tahu, part time weekdays ni dipanggil emba, kelas start pukul 6 petang sampai 9 malam. ada juga part time dibuat weekend, pukul berapa saya tak berapa tahu.
Salam miss...
Nama sy Fahmie,
Saya harap miss baca la msg saya ni.. I dont know how to ctct u..
Actually, sy nak sambung MBA UiTM, feel like banyak benda nak tanya and ask for ur advices..
Miss ni my phone no. 0147537427.. klu miss baca harap boleh ctct sy,,
my Facebook, fahmie mohamed or amin_mukminin90@yahoo.com
@fahmie firas ok fahmi. da add ur fb. do cek ur fb chat k.
Sis Sy pun ad benda nak tnyer.. Do contact me via fb kats_ann08@yahoo.com
Sis Sy pun ad benda nak tnyer.. Do contact me via fb kats_ann08@yahoo.com
sis... sy pun ade plan nak amik MBA... but still a lil lost... bole add sy kat fb x... balqies ainey abdul basik
@Khadijah Bahrol ok ann, saya da bg email kat awak. sori lmbt reply
ok balqies, done add ur fb
Salam, sy nk tahu lebihh tentang mba & emba blh tlg explain. Add sy di fb Nur Shaikhah Akmal Abdullah. Terimaa kasih
hye..saya nak tanya..kalau kita dapat panggilan interview tu boleh tak kalau kita nak reschedule timing dia?hihi
Salam huda,
Setahu saya x boleh sebab awak akan diinterview bersama sama dengan pelajar yang lain. 1 interview ada 2/3 panel dan 3 orang pemohon.
Salam. Haritu br je daftar as MBA student part time uitm..yuran actually lg mahal dr full time..first sem sahaja rm 4360... total 4 sem dlm 19k
Miss , saya nak tanya pasal mba.. Planning utk ambik.. Tp still rasa byk bnd yg tak tahu.. Boleh saya add fb miss? Fb saya ziera yunus
An MBA degree is an effectual tool which helps you in developing business knowledge, gives you a competitive advantage, helps in developing overall personality, and also helps in enjoying enhanced job security.
questions on the GMAT
SALAM, HAI,
nak tanya ada ke yang interview untuk buat master ni tapi xlepas / x lulus?
Salam, sy berminat nak sambung MBA di uitm shah alam, banyak persoalan yang still byk yg sy kurang paham about MBA..buleh sy chat akak untuk bertanya sebagai reference. Sebabnya tarikh apply intake september semakin dekat iaitu 10 jun ni..fb sy Tussils Nad.
Post a Comment