Saturday, April 28, 2012

Subjek2 MBA UiTM Coursework Full Time Sem 1

salam.. :)

so mis ingat nak membuat beberapa posts tentang mba punya subjek2, dari sem pertama hingga sem akhir , sem ke tiga. tapi hendaklah diingatkan subjek2 ini adalah untuk major in MARKETING sahaja. sebab saya student ambil major marketing.. hihi ok, sem 1 adalah sem yang boleh dikatakan pengenalan kepada Master of Business Administration. tiada major dalam sem 1. pengambilan major akan bermula pada sem ke dua ye. harap maklum.

jadi, marilah kita tengok subjek2 sem 1 yang wajib di ambil oleh pelajar2 MBA UiTM Full Time Coursework:

1. Economics Analysis

subjek ini boleh dikatakan killer subjek / subjek mati kaw2. haha sebenarnya, lulus atau tidak sesuatu subjek tu terpulang kepada pensyarah nya, sporting atau tidak. ekonomi subjek memang agak menggerunkan bagi pelajar bisnes yang biasa seperti saya. haaiihh nak buat macam mana, bukannya pandai sangat pun kann.. 

2. Business Research Methodology


Subjek ni lebih kepada pengenalan untuk membuat Applied Business Research yang akan bermula pada sem ke dua dan ke tiga seterusnya kepada VIVA. nak tau apa tu VIVA? tekan SINI.

3. Managerial Accounting


Alhamdulillah mis dapat lecturer yang hanya fokus kepada teori dan kurang kepada pengiraan semata mata. kalau tak, nilah subjek yang paling mis tak boleh nak bawak.

4. Human Resource Management


subjek ni agak boring.. hehe tapi diteruskan jugaklah kan

5. Organizational Behavior


subjek ni agak menarik. ia mengajar seseorang pengurus bagaimana mahu mengurus anak buah di bawah mereka.


6. Marketing Management

macam biasalah, marketing ni subjek yang mis paling minat, sebab memang dah major degree dulu adalah marketing. dalam subjek ni, segala idea boleh dikeluarkan sambil dikaitkan dengan beberapa teori pemasaran. 

p/s: bersambung ke sem 2..

2 comments:

Unknown said...

salam sis..nk tanya kalu subjek calculation ada brapa subjek utk MBA d uitm?subjek law ada tak?tq

Fatin Husna said...

@beli produk epilator germany subjek calculation saya ringkaskan disini:

sem 1:

1. economic analysis
2. managerial accounting

sem 2:

3. managerial finance
4. managerial decision analysis
5. operation management

sem 3:

6. strategic management

subjek law untuk master tiada. harap maklum. :)