Sunday, July 5, 2015

Slab Slai 2015 / 2016




Salam ramadhan dan petang,

baru baru ni mis terpanggil nak buat post tentang slab / slai disebabkan banyak offer baru dibuka sejak jun lalu. kali ni, mis tengok banyak fakulti dari kejuruteraan dibuka. meh tengok offer dari universiti yang dibuka:

1. Universiti Putra Malaysia (UPM) : Skim Tenaga Akademik Muda (TAM)

Fakulti: Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem.
Tarikh Tutup: 19 Julai 2015
Link Website: TAM UPM

2. Universiti Malaya (UM): Slab / Slai 2015

Fakulti: Pelbagai
Tarikh Tutup: Sepanjang tahun
Link Website: Slab / Slai 2015 UM

3. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM): Skim Tenaga Akademik Baru (STAB)

Fakulti: Pelbagai
Tarikh Tutup: Sepanjang tahun
Link Website: STAB 2015 UTHM

4. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM): Skim Fellowship

Fakulti: Teknologi Maklumat & Komunikasi (FTMK) & Teknologi Kejuruteraan (FTK)
Tarikh Tutup: 15 Julai 2015
Link Website:  Skim Fellowship UTEM

p/s: good luck! :)

5 comments:

nurfatin said...

tinggi betul cgpa requirement. btw thanks for sharing ...

Fatin Husna said...

Cgpa mmg agak tinggi. Tp kalau rezeki Insyaallah ada je.

ariefsigli said...

banyak yang lain juga kayaknya :) tapi info juga untuk pengetahuan saya :)

Unknown said...

Salam. Saya ada beberapa soalan nk tanya..

1. SLAB/SLAI UM, kalau dah enrolled as a master student kat uni lain, bole ke mohon? Saya ada download application form. perlu isi bidang pengajian dan bidang pengkhususan, seolah2 kita perlu jadi student UM. And then ada satu bahagian, kita perlu isi 'Maklumat Pengajian yang sedang diikuti'...
Apa pendapat sis?

2. Adakah sepanjang tempoh pembiayaan SLAB/SLAI ni, kita kena jadi student master/phd n at the same time kerja sebagai tenaga pengajar, or jadi tenaga pengajar selepas tamat belajar..?

Mohon pencerahan sis..Saya keliru sangat2...

Thank u so much <3

Fatin Husna said...

Wasalam.

1. Sama ada perlu atau tidak anda menyambung pengajian semasa apply slab, depends pada sesebuah universiti. Ada universiti yg mahukan anda dah apply pengajian, ada yang tak. Kalau borang dia ada details pengajian tu, maknanya dia mahukan anda sudah sambung pengajian. Ada universiti, spt uitm, syarat mereka tidak boleh calon slab memulakan pengajian.

2. Anda akan menjadi tenaga pengajar selepas tamat belajar. Anda hanya perlu fokus study anda.