Friday, March 4, 2016

Nak Sambung ke X Master Degree?

Salam everyone,

Memandangkan masalah tajaan sudah meningkat, ramai yang bertanya dengan miss adakah ok nak sambung terus pengajian ke peringkat master degree terutama bagi fresh graduate. mehla miss bagitau sikit sebanyak pengalaman miss dalam menentukan hala tuju career.

Dalam menentukan hala tuju career, anda kena tanya diri sendiri apa kareer impian. Jika anda bercita cita nak masuk dalam bidang education, saya sarankan boleh terus sambung ke peringkat sarjana. Kalau anda nak tambah value dalam resume dan bercita cita hendak berkareer dalam industry, consider untuk bekerja dahulu setahun dua lepas tu baru sambung belajar. 

Dalam industry, ramai pelajar mahu target big companies seperti sime darby or petronas, and yes, masters degree is an added value. Tetapi apa yg mereka tgk adalah pengalaman dahulu. Saya adalah seorang pelajar yg mmg nak masuk bidang education so dari bachelor degree saya terus sambung ke masters degree. 

Selepas keluar dari master, saya apply lecturer job, tapi kebanyakan kolej, ipta dan ipts melihat kepada pengalaman mengajar, iaitu pengalaman bekerja. Dan kita pun terpinga2 mana nak cari pengalaman mengajar kalau tidak diberikan pengalaman betul? Nah, di sini kita akan cari juga pengalaman dari industry, tetapi ia x begitu membantu dalam education industry.

Apa yg saya buat selepas master degree, saya masuk industry biasa dulu dan dalam pada yg sama , saya apply kerja lecturer di mana sahaja, dengan expected salary rm2k sahaja. Tidak boleh letak tinggi salary sbb tiada pengalaman, dan hanya meletakkan gaji yg rendah sahaja boleh membuatkan employer consider to take us as a new lecturer. Dengan usaha saya pergi hampir 30 interview lecturer, saya akhirnya dapat kerja lecturer dengan gaji rm2k di kl. selepas itu baru saya dapat ipta dan sambung pengajian ke peringkat phd. 

Dalam industry yg lain, saya pernah mendapatkan interview dari sime darby, dan colgate palmolive tetapi interview mereka disertai dengan pelbagai interview yg susah2 (dan tentulah saya x lepas). Master mmg membantu dari segi mendapatkan interview dari big company, but still they prefer experience employees. 

No matter what you choose, whether nak sambung belajar atau nak bekerja dulu, tak menjadi masalah. Bagi saya, ilmu itu xkan pernah menjadi sesuatu yg sia2. Cuma kalau anda sambung belajar dan tidak mempunyai apa2 pengalaman pekerjaan, selepas dah habis master, anda kena start dari bawah seperti orang lain juga. Dan bila anda dah mempunyai pengalaman bekerja yg kukuh, gunakan master degree as an added value untuk naik lebih lagi. Satu tips yg saya nak bg, kalau lepas master anda mintak kerja dgn menggunakan master degree, tapi x dapat apa2 kerja lagi, keluarkan master degree from your resume n just use your bachelor degree. Some employers x suka master degree student dan menggunakan istilah "overqualified" issue.

Try consider jugak dari segi kewangan, komitmen, keluarga dan minat. If you think you want to further study, just go ahead. Its nice to encourage people to further study sbb dgn ilmu manusia akan menjadi lebih matang dan pada masa yang sama ull feel the difference in your self esteem once u graduate from your master degree. 

Hopefully this reply helps you guys a lot. Good luck for your future study. 

p/s: bukan senang nak jadi senang. :( sori dah lama x post update. bz with thesis.

Facebook Group yang mampu membantu anda dalam pengajian postgraduate:

* MyBrain15 (bagi yang mahu apply biasiswa mymaster dan myphd)
* Doctorate Support Group

No comments: