Friday, April 15, 2016

MyBrain & PTPTN: Permohonan Bersama.


Salam Ukhwah,

Bulan lepas saya ada terima email dari pembaca berkenaan dengan pertanyaan permohonan MyBrain dan PTPTN. saya sertakan sekali pertanyaan oleh beliau untuk rujukan bersama:

1. Saya ada terdengar bahawa My master boleh digabungkan dengan PTPTN. Betulkah boleh jika saya ingin memohon kedua-dua pembiyaan ini?

J: MyBrain boleh digabungkan bersama - sama dengan PTPTN kerana ia adalah pinjaman. saya pun pernah apply kedua - duanya masa MyMaster dahulu.

2. Adakah saya perlu memaklumkan pihak MyBrain setelah memohon PTPTN?

J: Tidak perlu. Kalau anda memohon MyBrain dan PTPTN dalam masa yang sama, dan anda menggunkan duit PTPTN untuk membayar yuran sem pertama, setelah permohonan MyBrain diluluskan, sila inform bendahari universiti anda bahawa anda telah lulus permohonan MyBrain untuk membolehkan anda claim balik yuran sem pertama. ada juga pelajar mengatakan yuran sem pertama tidak boleh dapat balik. wallahualam.

3. Boleh x saudari bagitau macam mana mybrain membayar yuran pengajian untuk semester seterusnya jikalau PTPTN pon diterima juga? Adalah akan terjadi "double payment" bagi yuran universiti jikalau PTPTN juga memotong yuran pengajian secara automatik?

J: PTPTN tidak akan dipotong secara automatik. Duit PTPTN akan dimasukkan ke dalam akaun bank islam pelajar once in a semester. jika pelajar ingin membayar yuran menggunakan PTPTN, mereka hendaklah membayar sendiri yuran pengajian daripada duit di dalam bank islam tersebut.

p/s: selalunya pelajar mymaster full time coursework akan apply PTPTN kerana ketiadaan duit sara diri dan mybrain hanya cover duit yuran sahaja. :) good luck study!


No comments: