Wednesday, August 22, 2018

PhD: Satu Jalan Tarbiah

Alhamdulillah. Dah lama mis tak update post, ni baru nak update. Dek kekangan masa mengajar dan belajar, akhirnya mis dah habis pun belajar.

Buat yang baru masuk blog mis, mis ucapkan selamat datang. 😃 Mis sudah pun habis phd., so pada sesiapa yang nak ambil phd, atau tengah buat phd, bolehlah nak tanya sikit sebanyak. Mis bantu mana yang mampu.

Mis ambil phd in business economics di upm dan habis dalam 9 semester (4.5 tahun). Perjalanan yang cukup mencabar dengan ujian keluarga dan diri sendiri, deadline dan kerenah orang sekeliling, dan juga yang paling susah: kewangan.

Mis ditaja dibawah slab slai kpt, orang mesti fikir saya tiada masalah kewangan, jawapannya, tidak. Kontrak saya dengan kpt adalah 3 tahun, dan lagi 1.5 tahun mis bayar yuran dan tanggung diri sendiri. Tapi alhamdulillah, Allah jugalah majikan yang paling agung, pemberi segala rezeki.

Post kali ni mis nak buat panjang sikit, so baru puas hati orang baca. Dah lama takde sentuhan personal dari saya, so saya tulis panjang sikit.

Dalam buat phd ni, mis nampak ramai mempunyai masalah untuk menghabiskannya. Dari masalah sv, kewangan, kesihatan, masa, kerja, keluarga, anak2, mental, dsb, semuanya mis dapat rasa dari diri sendiri dan juga rakan2 phd yang lain.

Ada yang ujiannya maha hebat, ada juga ujian phd nya kecil, semua itu rezeki dari Allah jua. Segala hikmah Allah yang tahu.

Buat mis, ujian paling besar dalam phd ni adalah meninggalnya arwah ibu saya pada sem 2. Sem 1 saya jaga ibu saya yang bed ridden sehinggalah ketiadaan beliau pada sem 2. Memang niat di hati mahu menolak tawaran biasiswa sebab nak jaga ibu, tapi ibu saya nasihatkan supaya teruskan phd. Kasih ibu yang cukup luas.

Saya mengambil masa 1 sem untuk sembuh dari kesedihan dan kemurungan, maknanya phd saya bermula pada sem 4. Sem 6 saya proposal defense, dan sem 8 saya viva. Kontrak gaji sudah habis, tapi saya diwajibkan selesai pengajian dalam masa 5.5 tahun. Perjalanan yang cukup laju dan sibuk bagi saya, lagi pula saya membuat kajian kualitatif. Macam tak percaya, tapi itulah rezeki yang Allah nak beri. Alhamdulillah.

Dalam menyiapkan phd, nasihat saya kena selalu ingat hak2 orang lain terhadap anda. Ibu bapa, keluarga, kawan2, sv, co sv, sedara mara. Hak itu boleh ditunaikan melalui duit jika berkemampuan, tapi yang paling penting adalah masa anda. Luangkan masa anda bersama mereka, belajar2 juga, balance is important. Insyaallah, akan dipermudahkan.

Hak yang paling utama adalah Allah dan Rasulullah. Sedekahkan alfatihah kepada diri sendiri, baginda, ibu bapa, sv. Pergi dengar ceramah agama di masjid, iktikaf di sana jika tiada idea, ada masalah dengan sv dan orang lain. Ingat, hati2 manusia tu Allah yang pegang. Sesiapa sahaja boleh berubah dengan kehendakNya.

Berusaha dan tawakal hanya kepada Tuhan. Dia yang memegang segala galanya. Tiada satu pun atas dunia ini jadi tanpa kehendaknya. Kena faham tu.

Phd saya, saya rasakan Allah mudahkan urusan saya. Alhamdulillah. Bersangka baiklah dengan Allah, insyaallah benda yang baik2 akan datang. Ia adalah satu perjalanan yang penuh liku dan penuh dengan tarbiah bagi saya, tetapi sangat sunyi. Sangat baik untuk dekatkan diri denganNya.

Apa2pun perjalanan anda sekarang, sama ada degree, master atau phd, semuanya berbalik kepada dua ini: tawakal dan usaha. Kepada yang masih belajar, semoga Allah mudahkan urusan belajar kamu. Tak kira berapa lama, berapa banyak cgpa yang kamu dapat, selagi mana ilmu itu dapat mengubah kamu menjadi seorang muslim yang lebih baik, insyaallah itulah sebaik baik kejayaan. Jangan putus asa, ilmu itu ibarat cahaya, penuh suci, dan untuk menggapainya, hatimu mesti bersih.

Jangan kerana ilmu kamu menjadi sombong dan bercakap besar, walaupun kamu sudah berjaya. Percayalah, ia takkan bawa kamu ke mana mana. Ilmu juga rezeki, yang boleh membawa kepada kebaikan dan kejahatan. Oleh itu, gunalah sebaiknya.

Jadikan perjalanan ilmu kamu satu perjalanan yang cukup mentarbiahkan diri kamu. Menjadi insan yang membawa kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain. Aaminn..

No comments: