Friday, July 14, 2017

Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Bank Rakyat 2017/2018

salam guys,

miss baru dapat tau tentang satu biasiswa yang dibuka oleh bank rakyat. tarikh tutup 9/10/2017. sedikit informasi dari laman web mereka:

1. Apakah bidang yang ditaja oleh Yayasan Bank Rakyat (YBR)?

Bidang pengajian tumpuan :
• Perakaunan
• Perbankan
• Pengurusan Perniagaan
• Sumber Manusia
• Ekonomi
• Komunikasi Media
• Undang – Undang
• Sains Aktuari
Akan tetapi YBR tetap menaja semua bidang lain kecuali Perubatan dan Penerbangan (Lesen)

2. Siapakah yang layak memohon Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) ?

Warganegara Malaysia yang telah mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian serta memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan:-
i) Umur tidak kurang dari 18 tahun semasa membuat Pembiayaan PPBU dan tidak melebihi  30 tahun semasa tamat pengajian (Permohonan Sijil Kemahiran, Diploma, Diploma Vokasional, Ijazah Sarjana Muda dan Professional). Manakala bagi pemohon peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD) pula, pemohon dikehendaki menamatkan pengajian sebelum umur 45 tahun.
ii) Pemohon hendaklah mengikuti pengajian dalam SEPENUH MASA. Pemohon yang berstatus pelajar SEPARUH MASA tidak layak memohon.

3. Apakah syarat / kelayakan akademik yang diperlukan untuk memohon?

Peringkat Ijazah Kedoktoran (Ph.D)
- Sekurang-kurangnya berkelulusan Ijazah Sarjana dengan CGPA 3.00 ke atas atau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.75 ke atas atau kelulusan yang setara dengannya.
Peringkat Ijazah Sarjana
- Sekurang-kurangnya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.00 ke atas.
Peringkat Ijazah Sarjana Muda
- Sekurang-kurangnya berkelulusan Diploma dengan CGPA 3.0 ke atas atau Matrikulasi dengan CGPA 3.0 ke atas atau Sijil  Tinggi Pelajaran (STPM) dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0 atau Sijil Tinggi Agama (STAM) dengan sekurang-kurangnya mendapat kelulusan Jayyid Jiddan atau Mumtaz dengan kelulusan yang setara dengan STPM.
Peringkat Diploma
 - Sekurang-kurangnya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya mendapat 5A dan 4B (tiada gred C dan ke atas).
Peringkat Diploma Kemahiran
- Sekurang-kurangnya berkelulusan sedang/telah mengikuti kursus tahap 2 bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Lulus SPM bagi pemohon Sijil Kemahiran yang lain.
Peringkat Sijil Kemahiran
 - Perlu berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta dua (2) kredit di dalam mana-mana mata pelajaran yang lain.

Untuk informasi lebih lanjut, boleh ke link ni: http://www.yayasanbankrakyat.com.my/index.php/contact-us/faqs/ppbu

miss pon ada buat post tentang yayasan ni sebab pernah apply dulu tahun 2010. bolehlah ke link ni:

p/s: Good luck! yang miss tau, untuk student research, kalau lulus research, dia tukar jadi biasiswa. :)

8 comments:

Aien said...

Akhirnyaaaaaa ada juga update kamu ten.. hehe

Fatin said...

Bila dah thesis lagi banyak nak ditulis, makanya blog pun berhabuk. Hehe..

zue@ zuraidah said...

Assalam,cik amik bidang apa ye? Dan memang ade ujian jika dapat tawaran

Fatin said...

@zue. Saya bidang business. Ujian tu sebelum dapat tawaran.

Anonymous said...

ade iv x kak?

Unknown said...

salam.. miss fatin. macam mana nak contact miss.. saya nak tanya sal MBA di uitm. i've planning nak smbung mba. tpi still confius lagi. kat mana sy boleh contact direct with u?

Unknown said...

tq :)

Fatin Husna said...

@Fatin Nur Amirah, boleg email saya terus di phatien88@gmail.com