salam pagi..
laptop yang mis sekarang pakai dah macam ne - nong dah.. dah hampir 5 tahun laptop ni. dan mis pun dok pikir nak beli laptop baru bagi memudahkan saya membuat kerja serta mengupdate blog.. (ceh!)
ok, mis pon menyuarakan pendapat nak beli laptop baru kat abang saya. murah2 je. dalam rm 1500 pon dah ok. tapi disebabkan mempunyai abang yang gila gadget, dia cakap baik beli tablet pc windows 8. hmm windows 8 sebenarnya agak payah nak study disebabkan tak ada "start" button.
then adela orang nak sponsor sket nak beli laptop ni, mis terasa sangat bersyukur Alhamdulillah.. sebab duit pun x banyak lagi.. disebabkan ada sponsorship, abang saya pun cari lah guna online. disebabkan saya suka guna Acer, so dia pun masuklah Acer punye website.
dan tup! jumpa tablet pc. nama dia Acer Iconia Tab. ada dua versi W500, dan W700. yang W500 tu kecik sikit dari yang 700 punya.
dan pergilah kami ke low yat untuk beli laptop ni sebab kat tempat lain x keluar lagi. bincang punya bincang, saya membuat keputusan untuk mengambil yang W700 punya, harga RM2199. kalau nak banding dengan brand lain , kebanyakannya adalah RM 2500 ++. Acer punya paling murah.
setakat ni mis tak ada masalah guna baby baru ni.. cuma kurang paham siket kalau da masuk desktop. setakat ni banyak masuk apps store dia dan download game. haha skrin dia gempak, sound ok. overall puas hati la walaupun berat sikit. :)
p/s: benda ni macam pakai smartphone yang besar + laptop. :P
2 comments:
nak pinjam setahun boleh tak???hehehe
@boni kacak setahun.. habis da warranty.. kehkeh
Post a Comment