Sunday, September 30, 2012

Interview - Management and Science University

salam pagi.. :)


Jawatan:
Marketing Lecturer for Fashion Faculty

so kali ni mis nak cerita tentang interview mis ke Management and Science University. so, mis sebenarnya memang meletakkan harapan tinggi untuk universiti ni, tapi xde rezeki, nak buat macam mana kan. interview ni ada mock teaching, subjek berkaitan marketing untuk mengajar pelajar fashion and PR fakulti.

mis pon prepare slaid bertajuk " Public Relations Activities for Chanel ". kenalah sikit dengan fakulti tu kan.. pepagi mis bangun bersiap diri, memakai baju kurung dan selendang. pergi ke U tersebut abang saya yang hantarkan sebab dekat sahaja dengan rumah saya. 

sesampai je disana, saya pergi ke dining room, tempat ditemuduga. ada 4 calon disitu. 2 calon pensyarah, dan 2 calon admin. jadi saya dan seorang lagi ex penutut di UiTM juga, sama seperti saya. interview dimulakan dengan calon admin. setelah habis calon admin tu, barulah calon pensyarah. tiba giliran saya, saya pun memulakan syarahan. menggunakan marker pen di white board. lukis2 jelah kije saye masa tu. 

selepas mock teaching, saya di temuduga sedikit. panel menasihati saya jikalau saya dapat jawatan ini, saya perlu tukar penampilan kepada lebih "fashionable" katanya. perlu memakai pants dan blouse. begitulah adanya. saya pon berfikir, mungkin saya tidak dapat temuduga kali ni, memandangkan calon yang lagi seorang tu memakai yang seperti mereka mahukan. 

setelah ditemuduga, mis pon meminta diri dan berjalan keluar. hati memang berat mengatakan saya tidak dapat tapi tidak mengapalah, ini dijadikan sebagai pengalaman temuduga walaupun sudah beberapa kali ditemuduga. redha sahajalah. :)

p/s: jangan berputus asa!

No comments: