saya ada jengah jengah juga stats blog saya, ramai juga yang tengok experience mis ke Interview Tenaga Pengajar Muda UiTM bagi peringkat master (MBA). ni link dia -- Tekan Sini
untuk pengetahuan semua, mis x dapat TPM tu, sebab syarat baru bermula tahun 2010 adalah student yang sudah memulakan pengajian, adalah tidak layak untuk dapat TPM ni, membuatkan mis apply MyBrain 15 MyMaster pulak. calon2 dari satu kelas dan juga kelas yang lain juga tidak dapat disebabkan sudah menyambung pengajian.
post yang lama tu adalah bagi TPM master punya ye.. saya ada edit sedikit tentang post tu dari yang lama, sebab mis dulu agak rock, bahasa blog masa tu pon kuranglah menyenangkan.. apa apa pun, yang kita tengok adalah isi kan, pedulikan bahasa rock saya ketika itu ye.. hahah
tips yang saya nak bagi untuk ke interview TPM ni adalah
1. JANGAN PANIK.. huii huruf besar tu.. panel memang akan psiko sedikitlah kan. tapi kalau anda panik, payah nak keluar idea tu, habis segala usaha anda.
2. ambil tajuk yang simple dan kaitkan dengan dunia luar. anda tidak digalakkan membuat mock teaching berdasarkan teori semata - mata. tajuk yang simple ni bermaksud tajuk yang anda sudah sangat pro atau pakar. sila jangan membunuh diri anda ketika memilih tajuk kerana panel akan tanya anda berdasarkan tajuk yang anda pilih itu.
3. bawa yang perlu -- smartphone, pen marker, kalau boleh bawalah kot / vest untuk nampak lebih kemas, bawalah pendrive lebih dan save presentation anda dalam tu (untuk langkah selamat).
mis dapat berita untuk TPM tahun ni ada beberapa fakulti yang sudah dipanggil interview. antaranya:
- fakulti sains komputer dan matematik
- fakulti teater dan animasi
- fakulti FSPU
- fakulti kejuruteraan elektrik
(sumber dari fb TPM UiTM )
p/s: tahun ni mis mintak bagi TPM PHD (marketing). harapnya dapatlah interview sebab mis pon x tau sama ada fakulti business sudah dipanggil atau belom. bagi sesiapa yang apply tahun ni, mis ucapkan GOOD LUCK in your application. pray for the best. sesiapa yang dah dapat interview dan bakal dapat TPM ni, mis mengucapkan setinggi tingi tahniah. :)
No comments:
Post a Comment