salam malam.. :)
ok, seperti yang dijanjikan, saya akan terangkan sedikit tentang VIVA dalam kos MBA di UiTM ni. sebelum tu, saya nak ceritakan tentang apa itu VIVA sebenarnya. VIVA adalah presentation terakhir untuk Applied Business Research (ABR) yang diambil dari sem 1 sampailah sem 3 (sem terakhir). ABR ini pula adalah subjek penyelidikan boleh dikatakan asas bukannya penyelidikan yang penuh ye... berkaitan dengan apa - apa tajuk business yang boleh difikirkan. ia dilakukan di dalam kumpulan bertiga (maksimum) dengan seorang advisor / penasihat yang terdiri daripada pensyarah.
dalam semester pertama, ABR ini dipelajari dengan belajar teknik asasnya dahulu. pada sem ke dua barulah kumpulan mencari advisor dan penyelidikan barulah bermula dan pengakhirannya adalah VIVA di akhir sem ke 3. setiap kumpulan haruslah membentangkan ABR masing2 kepada advisor anda dan dua orang pengadil (terdiri dari pensyarah jua).
nak tahu apa yang dilakukan untuk menyiapkan ABR ni?
1. cari advisor.
2. pilih tajuk.
3. kumpul jurnal.
4. membuat report.
5. membuat questionnaire dan fotostat banyak2.
6. kumpul data dari questionnaire.
7. SPSS.
8. draf diberi pada pensyarah dan juga pengadil.
9. VIVA.
10. report akhir di hard bound kan dan diberi pada advisor, pengadil dan pejabat GBS.
bunyi macam senang kan? tapi mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya. tips untuk ABR.
1. tajuk tu biarlah gempak sikit, kalau boleh tajuk yang sukar atau tidak pernah didengar lagi.
2. kerjasama kumpulan amatlah penting.
3. cuba untuk berjumpa advisor banyak kali.
4. semasa cuti sem pon, cubalah buat ABR juga, seperti distribute questionnaire dan kumpul data.
tips untuk VIVA.
1. slide power point cuba untuk lebih kemas.
2. pakai blazer.
3. datang jangan lewat.
4. sedia.
5. jangan panik sangat.
itu sahajalah yang saya nak kongsi, untuk yang ada niat nak sambung MBA tu, bolehlah ni jadikan guideline sket kan. yang tengah sambung tu, nak bertanye, jangan segan email. :)
p/s: good luck!
No comments:
Post a Comment