Sunday, December 12, 2010

8 tanda dia jodoh kamu!

salam awal pagi..

arini most of the time mis twit tengok citer korea. ade 16 episod, citer Fantasy Couple. best gak citer ni, x membosankan dari awal sampai habis.. huuu penat dah mate ni..

ok, post kali ni tentang jodoh. hihi mesti kite nak tau sama ada orang yang special tu jodoh kite tu atau tak, btol? atau ade yang belum berjumpe jodoh, mungkin jodohnye depan mate., kite tak tahu. huu


ade 8 tande or lebih yang menunjukkan dia tu jodoh kite.

1. dapat bekerjasama.
kamu dan jodoh kamu itu memang boleh bekerjasama dalam segala benda sama ade perkara kecik ataupun besar. dan bile korang bekerjasama, terasa sangat senang nak menyelesaikan perkara tersebut.

2. tidak hipokrit.
dia memang takkan hipokrit di depan kamu dan akan bersikap slumber atau dalam erti kata lain, menjadi dirinya sendiri. cara bercakap, makan, mahupun minum, dia takkan kontrol cun/macho.

3. ade kuase psikik..
haha.. yang ni agak special.. sebab korang berdua boleh tahu dan rasekan sendiri perasaan masing - masing sama ada dia marah, hepi atau sedih. korang jugak boleh tahu sama ade korang menipu atau x. macam dapat kuasa psikik. haha tapi korang jelah yang tahu.

4. perasaan lebih tenteram
dengan dia kamu akan jadi lebih tenang, xde tensen2, dan sangat selesa. kalau x berjumpe, memang rindu tapi kalu dia ade di sisi, tenang dan macam xde masalah je dunia nih. duduk ngan dia berjam-jam pun xkan rase bosan. haha

5. akan sentiasa ada
dia akan sentiasa ada bersama kamu dalam situasi susah atau senang. dia akan memahami emosi kamu dan juga sentiasa berusaha untuk membuatkan kamu rase lebih senang hati..

6. x peduli
dia takkan amik peduli ape yang dah berlaku pada kamu dulu, sama ada melibatkan ex-bf/gf, keluarga mahupun apa yang kamu buat. dia hanya menerima diri kamu seadanya pada masa sekarang ni (present).

7. menerima kekurangan / kelemahan
si dia akan menerima kekurangan / kelemahan diri kamu bahkan boleh sampai dia menyukainya. dia juga tak segan untuk memberitahu kekurangan yang ada pada dirinya dan bersedia untuk ditegur dan juga menegur.

8. rahsia
kamu rasakan rahsia kamu lebih selamat berada dengannya berbanding dengan kawan - kawan yang lain. ini sebab kamu betul2 mempercayainya dan dia juga boleh menyimpan rahsia itu dengan sangat berhati - hati.

p/s: kalau dah jumpe jodoh tu, kawen aja dong! haha

4 comments:

Nurul Nazurah Nasri said...

hai aten. ni first time aku bg comment on your blog. hehe

hmm, semua ni benda yang aku rasa bila ade dekat dengan best friend aku yg sorg tu.

exactly the same. xde single sign dlm list pn yg tertinggal. But, he is just only my best friend. ;)

Fatin Husna said...

tulah.. kadang2 rase macam best fren, tapi mungkin kite nggak sedar deh. hihi kalu ade jodoh, akn dtg gak kat ko. jgn riso.. :)

Nurul Nazurah Nasri said...

x riso pun..hihi

Fatin Husna said...

good.. no need to worry then~