Tuesday, November 30, 2010

tips untuk menjaga suara..

salam petang!

arini mis twit nak share macam mane nak menjaga suara anda. tips ni bukan untuk sesiapa yang nak menyanyi je, tapi untuk semua orang yang mahu buat pembentangan, jadi mc ke, interview ke dll.


ok, mari kita tengok tips2 nye:

1. Banyak minum air suam atau air mineral. tips ni akan membuatkan tekak anda supaya tidak kering dan membolehkan anda bercakap dengan lebih lama. anda juga boleh makan buah - buahan yang mempunyai kadar air yang tinggi. :)

2. Elakkan minum minuman bergas, berais dan berkafein. minuman berkafein tu termasuklah kopi dan teh. kalau minat minum teh, kurangkan pengambilannya.

3. Kurangkan memakan coklat. tips ni bagus kalau ikut sebab kalau makan coklat banyak sangat pun nanti boleh mendatangkan banyak penyakit. kenapa agaknya pengambilan coklat ni perlu dikurangkan untuk menjaga suara? hmm .. disebabkan coklat ini panas dan ia mampu membuatkan tekak anda menjadi kering.

4. Mengamalkan pengambilan madu asli. ni bagus juga untuk kesihatan anda!

5. Minum air asam jawa buatan sendiri. kalau beli dikedai, ia mungkin sudah diletakkan bahan2 pengawet atau pewarna dan juga gula. jadi, nak buat air tu senang je -- asam jawa tambahkan dengan air suam.

6. Kurangkan makanan bergoreng dan berminyak. tips ni juga bagus untuk menurunkan kolesterol darah.

7. Tidak merokok.

p/s: kalau sore dah stabil, yuk nyanyi!

2 comments:

Eyka said...

tips yg besh..eyka pon mau cube la jugk..mesti leh jadi suara macam cik siti pasni an??hee:)

Fatin Husna said...

yup! try jgn x try!