Monday, December 10, 2012

Test Management Trainee Sime Darby 2012 ~

salam..

ok, dulu mis ada pergi untuk test IQ Sime Darby punya management trainee. ini baru first stage, tapi mis x lepas. haha saya ni agak lambat sket nak proses soalan, jadinya banyak x jawab.

bagi yang nak pergi buat tu, tips saya adalah banyak2kan buat soalan2 IQ test yang anda jumpa dalam internet, x kesahlah apa2 pun. supaya otak cepat sikit nak proses ataupun dah warm up terlebih dahulu. 

test ini adalah stage yang pertama bagi jawatan ini. memang agak susah nak dapat sebenarnya sebab diaorang ambil yang betul2 high IQ je. x macam saya. hehe saya rasa dia ada banyak stages, lebih dari 4 kali. 

mis datang2 je, turun kat lrt. pastu ambil teksi. bagi yang ada kenderaan tu, saya cadangkan supaya anda dihantar atau menaiki kenderaan sendiri sebab pengangkutan awam susah nak dapat kat sini. nak pergi oklah, nak balik.. aduii.. lokasinya adalah di Sime Darby Business School, Mont Kiara.

ok, mis sampai sesi yang pertama. dalam 15 orang sekali masuk ke dalam bilik test tu. dianggarkan hari itu ada 50 orang calon yang datang untuk ujian. mereka hanya mahu ambil 20 orang sahaja. tapi kalau calon tidak mencapai standard mereka, kurang daripada 20 orang lah kan. saya masih ingat HR tu cakap sebelum kami test, batch yang lepas ada 70 orang calon yang mendaftar dan dipanggil interview dan test, tapi hanya 7 orang sahaja yang lepas. ada berani?

ok, mis masuk je dalam kelas IT mereka, dan ada kertas, pensil dan juga kalkulator di sebelah komputer. anda hanya dibenarkan menggunakan peralatan yang mereka beri sahaja. test terbahagi kepada 3 bahagian: mengira, membaca dan personaliti test. tapi hari itu kami hanya perlu membuat test mengira dan membaca sahaja. personaliti dibuat pada hari yang lain jika kami lepas test yang pertama itu. 

ok, kami diberi arahan untuk membuat test mengira dahulu. soalan ada 20 dan hendaklah dijawab dalam masa 20 minit. dorang bahagikan soalan kepada 5 bahagian. 1 bahagian 4 soalan yang berkaitan. contohnya: 


sorilah gambar tu x lawa sangat. cuma nak bagi gambaran je. ok, ini untuk test mengira k. 4 minit tu di countdown untuk 4 soalan yang berkaitan bagi 1 gambar rajah. habis 4 minit, gambar rajah akan ditukar, anda tidak boleh lagi menjawab soalan2 untuk gambar rajah yang sebelumnya. 

bagi test mebaca pulak:


sama jugak macam mengira, cuma ada 2 artikel yang menggunakan ayat yang gempak2 , sampai pening nak baca. 

sebelum mis pergi mana2 interview, memang saya ada baca blog2 orang lain. blog2 sebelum ni, first stage pon sudah ada test dan group interview. korang bolehlah tengok blog2 yang lain jugak ye, tapi yang ini latest untuk tahun 2012. :)

p/s: ada rezeki, tu ada jugakkan. :)

No comments: