Saturday, November 3, 2012

Rentetan Application My Brain 15 My Master! Part 1

Salam pagi..

ok, hari ni mis nak kongsi pengalaman saya masa apply untuk MYBRAIN 15 MY MASTER. untuk yang nak tahu macam mana biasiswa ni dapat kan..



ok, masa mis mula2 apply biasiswa ni, permohonan mis ditolak sebab xde kos saya untuk ditaja. tapi bila dah biasiswa tu mula menaja bidang mis, barulah mis apply balik. so untuk bidang yang ditaja adalah seperti berikut:

(a) Semua bidang pengajian kecuali bidang pendidikan
(b) Bidang pendidikan yang dibenarkan hanyalah seperti berikut:
  • Pendidikan berteraskan S&T;
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak /Pra-Sekolah;
  • Pendidikan Khas;
  • Pendidikan Bahasa;
  • Pendidikan Kurikulum;
  • Pendidikan Seni;
  • Pendidikan Sains Sukan
  • Pendidikan Psikologi;
  • Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling.

ok, bagi yang nak masuk tengok, bolehlah tekan SINI.

biasiswa ni jugak hanya menaja sesetengah universiti sahaja. kalau nak tahu, TEKAN SINI. yuran pun untuk yang ambil coursework fulltime tu x melebihi RM 10,000. bolehlah tengok website diaorang ye. 

Bagaimana Nak Apply.

> anda perlu menukarkan dokumen2 tertentu untuk di "PDF" kan sebelum di upload dalam laman web dorang. dokumen tersebut seperti berikut:
  1. Salinan kad pengenalan pemohon (depan dan belakang)
  2. Salinan transkrip akademik di peringkat Ijazah Sarjana Muda
  3. Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT, dan pindaan surat tawaran (jika berkenaan).
  4. Borang Pengesahan Maklumat Pemohon
pastu dokumen 1 - 3 tu anda perlu cop dengan pegawai tinggi pastu kena scan. bagi yang ke 4 tu, anda perlu print dan isi pakai tangan, pastu di scan. dah scan, copy paste masuk dalam microsoft word 2010 dan tekan "save and send" (selepas tekan butang FILE) dan tekan "create PDF/XPS''. dah tukar kepada PDF, barulah boleh di upload ke dalam website.ok, bagi yang xde microsoft word tu, bolehlah save kan word anda (setelah anda copy paste picture dokumen anda dalam tu) dan masuk WEBSITE ni untuk tukar kepada PDF.

> dah tukar kepada PDF barulah register kat SINI. tekan pengguna baru k. data2 anda ni boleh dikemaskini kalau ada benda yang tertinggal, so x payah risau. registerlah dengan data2 anda, lepas tu upload dokumen yang berkaitan dan hantar.

p/s: sambung ke Part 2

6 comments:

nuradilina said...

tahu tak macamana nak buat, saya tengah upload dokumen, pastu tersalah tutup tab mybrain tu, dia p submit dah. aigoo. dah xleh nak edit dah.. wuwu. dah lah borang pengesahan yg xsempat upload tu....

Fatin Husna said...

@nuradilina xboleh edit? try logout n login balik. kalau x boleh jugak, try kol admin dorang. mungkin dorang boleh reset balik your application.

Hidup Haira Je said...

Salam, miss fatin. Saya nak upload transkrip degree tapi dia cakap saiz dan jenis transkrip salah.huhu. Dua muka kan transkrip kita, cane nak scan ek? Btw, saya dah convert jadi pdf dah. Awak tau tak camna? Awak nye transkrip 1 muka je ke?

Fatin Husna said...

@Juz Haira untuk saiz, kena compress pdf tu jadi saiz lbh kecil. boleh pakai website ni: smallpdf.com / pdfaid.com. transkrip saya 2 kertas, saya scan mcm biasa. saya rasa saiz tu masalahnya

Hey Kiddo_admin said...

AGAK2 MASTER EDUCATIONAL MANAGEMENT BOLEH KE?

Fatin Husna said...

@Hey Kiddo_admin saya x berapa sure pasal yang tu. kalau ia di bawah fakulti pendidikan, makanya, x boleh lah.