Sunday, November 4, 2012

Pertanyaan MBA: Skip Sem, Tawaran, Panggilan dan Persediaan Interview, MyBrain 15 MyMaster

Salam..


So macam biasa, ada yang bertanya mis pasal MBA ni yang mis nak kongsikan. Nama yang betanya mis x bagitau k. Thanks sebab bertanya. :)

S - Soalan
J - Jawapan
----------------------
S1: Dulu saya ambil BBA (Hons) Marketing dari UITM jugak, kalau saya dapat tawaran ni, boleh ke saya skip satu sem sebab saya dah memang asal dari fakulti BM ? Kalau skip satu sem, agak2 saya akan ambil master ni untuk berapa lama?

J1: skip sem mmg xde. saya pon dulu BBA (Hons) marketing from uitm. full time coursework adalah 1.5 tahun. saya dulu ada pernah dgr pasal fast track iaitu buat dlm masa 1 tahun. tapi saya x rase ada lg.

---------------------- 
S2: Berapa lama dari tarikh tutup permohonan ni diorang akan panggil interview? tarikh tutup permohonan 30 november ni. Kemasukan dijangka march 2013.

J2: mengikut pengalaman saya,  interview akan dipanggil dalam jangka masa 2 minggu. awak cuba tunggu sebulan dulu. 

----------------------
S3: Macam mane saya nak tau yang saya terpilih untuk interview tu? lepas tu macam mane pulak saya nak tau yang saya berjaya dapat tawaran ni?

J3: interview akan dapat melalui sms. dia akan bagi sms mengatakan awak perlu datang pada hari yang sekian2. nak tau dapat ke x tawaran ni, masa saya dulu, kene cek dalam website uitm. dia akan bagi offer letter melalui website.

------------------------
S4: Untuk interview ni saya perlu bersedia dari segi ape? awak ade cakap pasal english test, untuk ape tu? ade kene buat karangan atau seumpamanya ke?

J4: interview ni awak trylah bace isu2 semasa, terpulang kepada panel sebenarnya. ada panel yang tanya isu semasa, ada yang tak. yang penting jangan panik dan spontan je cakap. english test tu ada grammar2 sket, x susah pon. jangan risau.

-------------------------
S5: Ape tu my brain my master? pinjaman macam ptptn ke? orang yg dah  ade pengalaman keje macam saya ni boleh apply tak?

J5: my brain my master adalah biasiswa kerajaan yang beri. orang yang dah kerja pon boleh mintak, xde masalah. tapi dia hanya cover yuran maksimum rm 10,000 sahaja (kalau full time coursework xde masalah nak cover semua) tapi elaun hidup dia x cover.

p/s: kalau ada apa - apa soalan, jangan segan bertanya. kadang2 mis x tau apa yang anda x tau. :)

1 comment:

M.H said...

Salam,nak tanya..mybrain master pun ada interview ke?