Friday, November 23, 2012

Interview: UiTM Perlis

salam pagi!


Jawatan: Pensyarah Marketing (Pemasaran)

ok.. mis sebenarnya dah apply untuk uitm lecturer hampir 10 application. ni pulak yang sangkut. huii memang jauh. utara nun..

mis gagahkan jugaklah kaki nak ke sana. mis ingat nak pergi seorang, tapi ditemani jugaklah oleh abang saya (abg kandung ye). dok tempahlah motel kat area uitm perlis tu. motel tu not bad laa.. nice jugak servis dia.

pagi tu, dari motel nak masuk ke uitm tu, mis pun ambil teksi. memang besar uitm tu, memang payahlah nak jalan kan.. interview ni ada 2 stages. dua hari yang berlainan. tapi keputusan stage pertama akan diketahui pada hari yang sama, petang selepas selesai semua calon diinterview.

stage pertama: mock teaching
macam biasa, mis bawak slide powerpoint dan copy2 slide. masuk2 je bilik interview tu.. mis terkejut! 6 orang? 6 orang panel / pensyarah? terus takot. seriously.

nilah interview yang mis rasa sangat takut. bukak je powerpoint, dah kena marah, sebab x introducekan diri dulu. aiseh.. x sabar betul. banyak jugak diaorang tanya pasal diri ini. pastu, start je slide, kena hentam tu tak yah ceritalah kan. adoi.

last sekali, mis disuruh untuk menulis sesuatu di white board. yelah takut sangat sampai lupa nak tulis sesuatu kat board. dah habis sesi interview, dalam hati ni memang mis rase x dapat. dorang pon muka dah macam nak telan saya dah. tapi mis beranikan diri untuk bertanya kelemahan saya. dorang bagitau dan menasihatkan dan saya ambil tu sebagai pengajaran di uitm interview lain kali.

petang tu, mis dapat kol dari uitm, bagitau mis x dapat ke stage ke dua. xpelah, mis sebenarnya berat hati dari awal lagi sebab kampung saya di johor, dapat pulak interview di perlis. mau x sedih mak saya. haha

stage kedua: interview
ok, mis memang x pergi ke stage ni, tapi sesiapa yang dapat lepas ke stage ni boleh dikatakan peluang tu agak cerah sebab dia dah tapis kan. interview ni adalah dengan pihak pengurusan (kira bos andalah kan)..

tips: bacalah tentang isu isu semasa dunia dan negara dan pastikan anda tahu dengan mendalam tentang apa yang ada presentkan.

p/s: ni interview paling ekstrem mis pernah pergi. huii insyaallah kalau dapat lagi interview uitm, mis akan lebih bersedia.

No comments: