Sunday, October 7, 2012

Travel around KL. How?

salam pagi!

ok, hari ni mis nak kongsi sedikit pengalaman dan cara2 saya pergi ke satu tempat di kawasan kl selangor ni. pada sesetengah orang, tiada masalah mahu pergi sebab sudah ada kereta atau motor untuk ke sana, tapi bagaimana yang tiada kenderaan pulak? pening ni..

ok, cara yang paling efektif untuk mengetahui macam mana nak ke sesuatu tempat adalah menggunakan Google Maps. sangat membantu. meh mis tunjukkan contoh. 

ok, contoh kali ni mis gunakan Menara TM sebagai destinasi. bertolak dari KTM Shah Alam.


anda semua buka google maps dan tekan di button "get direction".tuliskan destinasi yang anda nak pergi di ruangan B. dan A anda isikan dari mana anda bertolak. dah dapat destinasi, tekan balik butang "get direction" dan dia akan paparkan map dan jalan yang anda perlu lalui untuk kesana. tapi untuk laluan ini, adalah untuk yang berkereta. macam mana yang xde kereta dan nak naik public transport?


senang aja, tekan butang yang macam bas di kiri anda. secara automatiknya dia akan bagitahu perjalanan anda menaiki ktm. 

lihat di "transit direction to menara tm". dia tulis yang last perjalanan adalah "walking" maksudnya anda kena berjalan kaki ke tempat tersebut. dia tulis 


Walk to Jalan Pantai Baharu, Taman Bukit Pantai, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
About 24 mins (1.8 km)



24 minit? adoi, payah. kena cari alternatif lain. cara yang seterusnya adalah zoomkan di tempat menara tm tu.  ada nampak public transport yang lain x? yup, nampak LRT. gerakkan mouse anda ke tanda lrt tu untuk tahu  lrt manakah itu. nampak lrt kerinchi. tekan lrt kerinchi tu, dan satu box akan keluar, dan anda perlu tekan direction di dalam box tersebut.


secara automatiknya, lrt kerinchi tu akan masuk ruangan B. apa yang perlu lakukan adalah tukarkan destinasi A kepada menara TM. ini adalah untuk memastikan anda tahu berapa jauh anda perlu berjalan dari stesen lrt tu. 


nampaknya, hanya 2 minit. macam mana pulak nak naik lrt dari shah alam? anda perlulah menukar laluan dari ktm ke lrt di kl sentral. kl sentral adalah tempat untuk segala pertukaran transit di kl. kalau anda x pasti bagaimana nak tukar lrt , ktm, monorail dan sebagainya, anda bolehlah google. dalam kes mis, saya suka pakai wikipedia. lebih detail informasi yang diberi disitu, bas2 yang berkaitan pun ada.


p/s: so anda dah dapat sedikit klu kan. jangan takut2. beranikan diri kalau sesat. perkara biasa lah tu. :) so kesimpulannya, bagaimana nak pergi ke menara tm? dari ktm shah alam --> kl sentral --> lrt kerinchi (kelana jaya line) --> jalan kaki 2 minit --> menara tm .

No comments: