Jawatan: Customer Fulfillment Professional
ok, kali ni mis nak kongsi tentang experience mis ke IBM di Damansara. agak sibuk tempat ni. dia bersebelahan dengan tv3 tu kan.
interview dibuat pagi. hari tu, ada 4 calon, dua orang cina lelaki dan 2 orang perempuan malay (termasuk saya). masa sampai tu, saya menunggu di lobi ibm bersama mereka dan bersembang2 lah kan macam biasa. seorang lelaki tu macam agak pemalu dan senyap sikit. hihi
ok, dalam 30 minit menunggu, kami diarahkan masuk dalam bilik meeting, pastu kena bagi resume menggunakan pendrive. dan sesiapa ada hard copy pon boleh bagi.
lepas dah selesai sesi memberi resume, kami diberitahu yang interview ni ada 3 stages, (x silap saya) dan hari tu kami hadiri untuk sesi pertama, iaitu group discussion. kami pun diarahkan untuk mengeluarkan kertas dan pen masing2. wakil ibm tu (hr dialah kan), beri satu topik general pada kami untuk kami bincang. topik yang diberi adalah tentang Transportation System in Malaysia. diberi masa dalam 5 minit duntuk tulis point point penting dalam kertas. selepas tu, kami pon berbincanglah. yang penting masa discussion ni, jangan pentingkan diri sendiri. cuba untuk bantu menbantu antara satu sama lain.
habis je group discussion, kami diarahkan untuk keluar sebentar, tunggu di lobi, macam biasa, kami bersembang lagilah kan.. apa yang nampak kat situ, persekitaran tempat tu memang sangat selesa dan orang kat situ peramah.
selepas menunggu, kami dipanggil masuk balik, dan kami diberitahu kami semua lepas sesi pertama. alhamdulillah. kami semua tersenyum lebarlah kan. hr tu start lah tanya shift mana yang kami sanggup bekerja. setiap satu shift mewakili negara-negara yang tertentu. yang saya ingat shift tengah malam adalah shift U.S. saya dan perempuan melayu yang sorang tu memilih shift siang hari dan kedua dua chinese men tu x kesah mana2 shift.
pastu, dua orang chinese men tu diarahkan masuk ke lab ibm untuk buat online assesment (IQ test). ni adalah stage ke 2. saya dan malay girl ni akan dihantar email bagi membuat online assesment tu. kira buat kat rumahlah.
masalahnya, bila saya balik rumah, hr tu telefon. ada masalah dengan database resume saya, yang mana dia x boleh nak hantar link online assesment tu ke email saya. dia cakap akan cuba selesaikan masalah tu. tapi senyap dan bila saya cuba kol dan email balik, memang x dapat. hmm mungkin takde rezki. -_-"
tips: bacalah surat khabar dan isu2 semasa. dan dalam pendrive tu jangan letak banyak sangat data sebab hr dia akan scan pendrive tu menyebabkan anda akan tunggu lama. anda dan calon2 lain juge..
No comments:
Post a Comment