Monday, September 19, 2011

Master Lagi Senang Dari Degree. Betul ke?

salam pagi isnin..

pagi ni mis berada di kampung dek xde kelas ari ni. dari khamis ari tu xde kelas. memang heaven.

baru mis teringat tadi perkara yang saya lalui sebelum masuk MBA kat uitm shah alam. ramai yang cakap "senang je nak skor MBA ni.. x susah. lainlah kalau awak ambil MSc (Research Mode)."

memang x disangkal research mode lebih susah berbanding kerja kursus tapi ia lebih fleksible yang membolehkan anda bekerja. biasiswa pon lebih senang dapat berbanding kerja kursus. so, anda nak pilih yang mana?

bagi kerja kursus, memang anggapan saye ia agak mudah untuk diskor pada mulanya tapi ia bukanlah begitu. minimum gpa setiap semester hendaklah 3.0 dan ke atas. subjek lulus juga hendaklah sekurang kurangnya B (3.0) yang menjadikan keseluruhan cgpa adalah 3.0 dan ke atas. jika bawah dari itu, extend sem atau repeat paper hendaklah dilakukan.

bagi pelajar yang genius otaknya, anugerah pascasiswazah (sama seperti dean list untuk degree) adalah 3.75 ke atas bagi keseluruhan cgpa. tiada istilah first class honour atau second class,kerana master adalah sama ada anda lulus ataupun tidak.

jadi, adakah master lebih senang dari degree? pada saya, tidak.
Published with Blogger-droid v1.7.4

2 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

bg org genius,apa pun senng.. =)

Fatin Husna said...

yup, mmg betul. sbb tu saye tulis "bagi pelajar yang genius". saye mewakili orang yang biase2 je.