Friday, November 5, 2010

alhamdulillah.. dia sudah kurang memberi harapan..

salam.. salam deepavali gak untuk arini.. dan salam ari jumaat..

mis twit baru je tengok cerita ketentuan kat tv3 sambil bukak lappy ni, very touching.. then ade sorang kawan ni, buzz di ym ak. dia menceritakan sedikit kisah personal yang dia nak ak share di blog post ni..

kawan aku ni - seorang perempuan, harap maklum ye, menyukai seorang lelaki yang baru dikenalinye.. hmm :) beselaa kite sebagai seorang manusia memang x pernah terlepas dari menyukai seseorang. katenye, kali ini dia amat menyukai lelaki tersebut, sampai tahap makan x lena , tidur x kenyang.. haha

dia menyukai lelaki tersebut kerana sikapnye ala - ala macam dia (wallahualam), ak pon tidak begitu kenal lelaki tersebut, dan dia mengatakan lelaki tersebut seorang yang baik. (hmm.. kalu dah suke... hihi)..

pada awal suke, kawan ak ni berilah sedikit hint2 kat lelaki tersebut, dan mereka juge sudah rancak berkawan. rakan ak juge seorang blogger, dan saje2 masuk ke blog saya, dan membace post mengenai apa yang perlu anda lakukan jika anda jatuh cinta? dia tetibe berasa dia sepatutnye mengikut ape yang ditulis dalam post tersebut.

then, dia pun sentiasa berdoa agar tidak terjerumus dalam cinta yang tidak memberikan dia ape2.. dia juga tidak mahu menyanyangi seorang hamba Allah lebih daripada penciptanya. :)

hari - hari pun berlalu, dia cakap dia masih suke terhadap lelaki tersebut dan sentiasa berdoa lagi.. memohon agar dikurangkan kerinduan terhadap lelaki tersebut, kerana ape yang dia rase hanyalah resah dan tidak tenteram. dia jugak cakap dugaan berkaitan perasaan cinta adalah ujian yang paling susah kerana dia boleh tidak senang duduk dan macam - macam lagi perkara boleh diabaikan..

lalu dia bertanya aku, mengapakah ak postkan post yang sebegitu rupa.. adakah ak pon sudah suke seseorang? haha ak x mau menjawab pertanyaan dia ini..

dia pun menyambung lagi, selepas beberape hari lelaki tersebut tidak menghubunginye seperti biase, dan dia berase pelik. macam2 persoalan yang timbul.. adakah dia yang salah? atau cakap sesuatu yang mengguris hati si dia? dia berase kosong. dan berdoa lagi.. agar diberikan petunjuk.

malah, semakin lame dia berdoa, dia merasakan hubungannye dengan lelaki tersebut semakin jauh, dia pulak semakin risau.. dia menjadi serbe salah mahu mentafsirkan sebenarnye apakah perasaan itu.. berbelah bagi kepada Allah dan juga hamda yang disukainye itu..

lalu dia bertanye kepadaku, KENAPA?

lalu ak menjawab, APAKAH YANG KAMU HARAPKAN?

dia tidak menjawab..

ak menjawab " aku rase, Allah sudah mula menjawab doamu"

dia bertanye: BAGAIMANA?

ak: "DENGAN MENGURANGKAN RESPON LELAKI ITU TERHADAP KAMU. BUKANKAH ITU YANG KAMU MAHU? "

dia senyap..

ak: hmm ak tau kamu mempunyai harapan terhadap dia, tapi Tuhan tu maha penyanyang dan maha adil.. dia beri ape yang kamu minta.

kawan: ALHAMDULILLAH .. DIA SUDAH KURANG MEMBERI HARAPAN.

ak: terimalah ap yang Allah beri, sesungguhnya dia tahu ape yang terbaik untuk dirimu.. kalu betul itu jodohmu, dia akan datang dengan cara yang betul. :)

kawan: terima kasih

p/s: sori ayat skema sket, sebab kawan tu ayat dia skema.. haha tapi kata2 tu ikhlas ak bagi..

No comments: